Sudut Ilmu

Nota - Nota Pendidikan Seni Visual


1.0 Pengenalan
Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:
  1. Menggambar
  2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.











BIDANG MENGGAMBAR
1.0 Definisi Menggambar
·         Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
·         Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata
·         Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek.
·         Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
·         Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi
·         Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek


i) Alat, Media dan Teknik
·         Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dan sebagainya.
·         Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.

ii) Tujuan Menggambar
ü  Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
dan membuat gambar
ü  Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
ü  Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.
iii) Aras Pengetahuan dan Kefahaman
§  Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari.
§  Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.
§  Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi
iv) Aras Aplikasi dan Analisa
§  Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan.
§  Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan
perasaan gembira.
§  Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif
v) Aras Sintesis dan Penilaian
§  Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak disukai
§  Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
§  Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna
§  Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan
§  Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif


1.1 LUKISAN

Definisi Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.

1.1.1 Alat, Media dan Bahan
-       Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
-       Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
-       Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
-       Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
-       Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
-       Soft Pastel- Didapati dalam pelbagai warna, mempunyai kesan lembut
-       Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
-       Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
-       Marker pelukisan (rendering marker)
-       Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

1.1.2 Jenis-jenis Kertas Lukisan
ü  Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
ü  Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
ü  Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
ü  Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
ü  Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.
1.1.3 Teknik
i)     Coreng / conteng
ii)    Garisan kontur
iii)   Titik
iv)   Pangkah silang
v)    Garisan selari.
1.1.4 Menentukan Tema atau Subjek
a.    Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
b.    Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa
c.    Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio

Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:
(i)            Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
(ii)          Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
(iii)         Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
(iv)         Kesan cahaya pada imej
(v)          Pembentukan bayang-bayang
(vi)         Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
(vii)  Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
(viii)Teknik mengukur objek mengikut kadar banding
1.2 CATAN
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.
1.2.1 Jenis Warna :


i.              Warna Poster
ii.            Warna Air
iii.           Cat Akrilik
iv.           Cat Minyak
v.            Fresko - Kapur plaster
vi.           Cat Tempera
vii.          Cat Gouache



1.2.1 CATAN
Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertaskanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan.
Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.
i)             Cat Air
Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan bersaiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

ii)            Cat Poster
Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.      
iii)           Cat Tempera
Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.
iv)           Cat Minyak
Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.




1.2.2 Teknik Catan

i)     Teknik Basah Atas Kering
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.

Campuran Warna
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.

Cara :
Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

ii)    Teknik Basah Atas Basah
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.

Campuran warna :
Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.

Cara :
Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.

iii)   Teknik Berus Kering
Ciri-ciri
Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

Campuran warna
Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.

Cara
Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

iv)   Teknik Kecatan
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.

Campuran warna
Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.

Cara
Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.


1.2.3 Catan Cat Air
Alatan dan Bahan
1.    Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub.
2.    Pengilat: gam arab.
3.    Bahantara: air
4.    Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa
 kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.
5.    Alat: berus jenis lembut pelbagai saiz, palet, bekas air untuk bancuhan warna, kertas cat air jalinan kasar atau kertas katrij tebal.
6.    Teknik: basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah 

Cat air dalam tiub
Cat air boleh dimasukkan ke dalam bekas warna, dibasahkan serta digunakan pada bila-bila masa kerana ia boleh mengering dan basah semula.

Cat air jenis kek
Pelbagai saiz dan bentuk jenis berus lembut

Kertas Cat Air pelbagai ketebalan dan bertekstura


Gam Arab
Kotak Alatan Cat Air, bagi penggemar catan cat air boleh menyediakan bekas untuk menyimpan alatan  cat air atau cat minyak yang ada dijual di pasaran seperti di atas. Kotak seperti ini juga boleh dibuat sendiri.


1.2.4 Contoh – Contoh Catan Cat Air

 
  
  
  
  
  

Contoh-contoh Catan Cat Minyak

 
   
 

BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

1.0 Pengenalan
Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dari segi teori corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Corak boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

2.0 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Membuat corak dan rekaan merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Membuat corak dan rekaan ini juga suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif dan secara bebas atau corak tidak terancang. Pembahagian corak ini untuk mewujudkan kesan tampak yang berbeza dan memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.
Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Manakala corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.
2.1 Jenis – jenis Motif Dalam Membuat Corak Dan Rekaan
Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada:
      i.        Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi.
    ii.        Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain.
   iii.        Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia
   iv.        Rupa atau bentuk angka dan huruf
    v.        Rupa atau bentuk kraf tradisional.

3.0 ELEMEN ASAS SENI REKA DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Mencipta reka corak melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Pemahaman dalam asas seni reka sangat penting dalam setiap penghasilan karya seni visual. Hasil karya seni visual yang baik memerlukan pengetahuan mengaplikasikan gabung jalin antara unsur seni dan prinsip rekaan.
3.1 Unsur seni terdiri daripada:
·         Garisan
·         Warna - warna terdiri daripada;
      i.        Warna asas - biru, merah dan kuning
    ii.        Warna sekunder -    kuning dicampur biru = hijau.
Merah dicampur biru = ungu
kuning dicampur merah = oren
   iii.        Warna tertier- Warna asas + warna sekunder.
·         Jalinan
Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis iaitu jalinan tampak dan jalinan sentuh.
  • Rupa
Adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. Rupa organik (garisan luaran yang berbagai) dan rupa geometri.

3.2 TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

A)   Perlakuan
a.    Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.
b.    Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.
c.    Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.
d.    Memilih&mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni.
e.    Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.
f.     Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.
g.    Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan.
h.    Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran.
i.      Membezakan jenis corak tertentu.
j.      Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.
k.    Mengatur corak.
l.      Mencipta sesuatu karya seni yang digemari.
m.  Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak.
n.    Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni.
o.    Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap ciptaan tersebut.

B)   Persepsi
a.    Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak.
b.    Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.
c.    Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.
d.    Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.
e.    Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.
f.     Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.
g.    Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.
h.    Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.
i.      Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.
j.      Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.
k.    Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.
l.      Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka.
m.  Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna.
n.    Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.




C)   Pengetahuan Budaya
a.    Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.
b.    Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional.
c.    Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian.
d.    Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional.
e.    Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

3.3 KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
(i)            Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek.
(ii)          Corak sebagai elemen hiasan
(iii)         Corak sebagai nilai estetik

4.0 PENGHASILAN CORAK
Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:
4.1  Corak Terancang
4.2  Corak Tidak Terancang
Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak, Manakala corak tidak terancang pula dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

4.1 Corak tidak terancang secara:
1. Pualaman
2. Tiupan
3. Titisan
4. Ikatan dan celupan
5. Renjisan dan percikan
4.2 Corak terancang secara:
1. Lukisan
2. Catan
3. Cetakan
4. Capan
5. Lipatan dan guntingan
6. Resis
7. Kolaj
8. Kaligrafi

5.0 JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN CORAK TERANCANG
*      Susunan Ulang Sekata
Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan
Garisan grid sebagai panduan.

sekt.jpg
*      Susunan Berselang Seli
Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

sel.jpg

*      Susunan Batu Bata
Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

bat.jpg


*      Susunan Bertimbal / Cerminan
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

cer.jpg


*      Susunan Bertindih
Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

tin.jpg


*      Susunan Beralun
Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

alu.jpg


*      Susunan Berpusat
Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

pus.jpg

*      Susunan Sisik Ikan

ss.JPG







*      Susunan Orgee

*      Susunan Turun Separa



6.0 JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN CORAK TAK
      TERANCANG
  1. Pualaman
Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan ynag bergelatin dan melekit. Pualaman adalah kualiti permukaan yang dicampuradukkan dengan warna seperti permukaan lantai, marble, catan faux dan corak semulajadi ira kayu. Dalam teknik pualaman kertas, corak yang dihasilkan mempunyai persamaan dengan marble atau batu. Corak tersebut membentuk warna yang terapung di atas sama ada pada permukaan air biasa atau cecair yang mempunyai pelbagai kepekatan. Kemudiannya dipindahkan dengan cermat ke atas permukaan kertas atau kain. Corak pualaman yang dekoratif ini digunakan untuk hiasan dalam penulisan kaligrafi, penjilidan buku dan kertas pembungkusan.


                     


  1. Tiupan
Teknik tiupan merupakan teknik mencorak menggunakan tiupan dari mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin. teknik tiupana angin ini amat mudah sahaja dan amat menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang) kita boleh juga menjadikan teknik ini sebagai menggambar.
               
     





  1. Titisan
Merupakan salah satu teknik untuk menghasilkan corak tidak terancang dengan cara menitiskan lilin pada permukaankertas lukisan yang telah diwarnakan secara rawak.
     
   





4. Ikatan dan Celupan
Merupakansatu proses mencorak kain dengan mengikat bahagian tertentu dan kemudiandicelupkan ke dalam pewarna. Dalam proses tersebut, terdapat beberapa caramengikat kain. Setiap jenis ikatan akan menghasilkan corak yang berlainan. Di antara jenis ikatan yang selalu digunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan, dan juga jahitan.
     
  





5. Renjisan dan percikan
Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan
 warna cair ke atas permukaan untuk menghasilkan kesan yang menarik.
  
  


BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
3.0 Pengenalan
Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Murid akan dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini murid akan dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.

3.1 Tujuan
Tajuk ini disediakan untuk mengetahui dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik membentuk dan membuat binaan. Semua hasil karya dalam unit ini adalah berbentuk tiga dimensi.

Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. 
Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin, tanah liat, tepung dan papier mache.

3.2  Alat dan Bahan
Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.




3.3 Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat Binaan

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.
  1.  Teknik Picitan
  2. Teknik Lipatan
  3. Teknik Potongan
  4. Teknik Cantuman
  5. Teknik Pembungkusan
  6. Teknik Guntingan
  7. Teknik Luakan


3.4 Jenis Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.
a. Arca Timbul
Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.

  
 




b. Arca Mobail
Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan.
 
   

c.Arca Stabail
Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan skru, ikatan, acuan atau binaan.
 







d. Asemblaj
Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku atau gam.

  
 

e. Model
Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah-buahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan.








f. Diorama
Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan.

 
  


g.Boneka

Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru.
      

h.Topeng
Mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau kimpalan.
 
i.Origami
Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah lupatan dan guntingan.
   
  


BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL
1.0 Pengenalan
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
1. Alat domestik
2. Alat permainan
3. Alat pertahanan diri
4. Perhiasan diri (ornamen)
5. Batik
6. Tekat
7. Ukiran
8. Tenunan
9. Anyaman
10. Tembikar
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.




2.0 Mengenal Kraf Tradisional
1.    Kraf Tradisional merupakan kerja-kerja seni halus tangan yang melibatkan kemahiran tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang di warisi turun-temurun.
2.    Jenis kraf tradisional

a)    Alat domestik perlatan harian masyarakat tradisional – spt senduk (tempurung), kukur kelapa (besi, kayu), tenggala (kayu) Teknik – luakan, asemble,ukir.
b)    Alat permainan – alat permainan yg dimainkan utk mengisi masa lapang selepas kerja menuai seperti
i)             wau (proses-memilih buluh, meraut, membentuk rangka,
menampal kertas dan corak)
ii)            Gasing - Jenis ( lang laut, leper, uri, piring) , Bahagian (paksi, temin,turaplabu,bahu, leher, kepala dan patak) Proses ( memilih kayu,membakal-kerat dan potong berbentuk kun, melarik, simpailingkaran logam pada bahu,labu dan patak)

c)    Alat pertahanan diri –senjata- digunakan untuk memburu dan mempertahankan diri seperti keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, lembing, sumpit dan lain-lain.

d)    Batik – sejenis kraf yg dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain. Kaedah yang digunakan ialah batik tulis, lukis, canting. Dalam proses ini  kain dibasuh utk membuang kanji, dikeringkan dan diregangkan , motif dan corak dilakarkan dengan pensil, bahan campuran lilin dipanaskan, melakar diatas fabrik dengan canting , bahan warna disapu pada motif.


e)    Seni tekat – tekstil yg dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas kain dasar jenis baldu. Proses yang terlibat ialah penciptaan, persiapan pemidang, membentuk mempulur dan menyulam.
f)     Tembikar – merupakan barang kraf yg dihasilkan daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar. Alat yang digunakan ialah pisau, pengayak, pinggan, penggelek, dawai pemotong, kayu pembentuk, papan gelek dan lain-lain.

g)    Seni anyaman – satu proses menyalin helaian daun pandan,mengkuang. Bilah buluh, rotan, lidi, bertam , paku-pakis ribu ribu melalui teknik selang-seli. Proses daun yang terlibat ialah melayur , menjangka daun- sisir/belah, melurut, merendam, pewarnaan- kuning (kunyit) jingga / merah (buah kesumber india) biru tua (daun mengkudu), hitam (buah pokok arang), hijau (daun bemban), mencelup warna.


h)   Proses anyaman (lagang-bilah daun dibentuk V, mengayam,
pepeh- anyaman mati dilakukan di bahagian tepi tikar menggunakan teknik sisip menggunakan buluh bagi mengelak terburai, dan lebihan bilah anyaman akan di potong.)

i)     Kelarai – corak atau motif berbentuk dam manakala kelarai yang tidak bercorak dipanggil ghadas.


j)     Seni ukiran kayu – kraf tangan utk menghiasi rumah. Fungsi (hiasan pada bahagian pintu, siling, dinding, tebar layar dll ) Teknik mengukir ( bunga timbul , papan tebuk )








3.0 Contoh – contoh Hasilan Kraf Tradisional

Tembikar

 


  






Tikar
  


  











Bakul

    


  








Wau
  


  









Gasing

  


  








Seni Ukiran
  


  









Batik

  


  








Seni Tekat
  


  





No comments:

Post a Comment